Tuesday, October 28, 2008

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI SURAU AL-MUNAWWARAH




Gambar 1. Bahagian Hadapan Surau Al-Munawwarah yang sudah uzur.

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Al- Munawwarah bercadang untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang keadaannya sudah uzur. Sehingga kini, pihak Jawatankuasa Surau sudah berjaya mengumpul dana sebanyak RM20,000.00 sedangkan kos keseluruhan bagi membina dan menyiapkannya adalah berjumlah RM35,000.00. Justeru itu, pihak kami sedang berusaha mengumpul dana dan kami sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak luar untuk memastikan surau ini dapat dibina dan akhirnya boleh memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah.

Untuk makluman semua, surau ini adalah merupakan surau PAS yang paling aktif di kawasan MTD Durian Tunggal dan kawasan Alor Gajah dari segi penganjuran aktiviti dan program. Surau ini juga bercantum dengan bagunan PASTI Al-Munawwarah dan Kelas Pengajian Al-Quran kanak-kanak. Selain itu, surau ini biasanya dijadikan tempat untuk ahli PAS kawasan, PAS cawangan dan PASTI mengadakan mesyuarat, usrah dan kuliah agama.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Surau Al-Munawwarah dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak tuan bagi menghulurkan sumbangan kewangan kepada Tabung Pembangunan Surau Al-Munawwarah bagi menampung baki kos keseluruhan yang masih belum mencukupi. Pihak Jawatankuasa Surau juga sangat mengalu-alukan sumbangan berbentuk peralatan. Diharapkan dengan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan dapat membantu pihak kami dalam menyiapkan pembinaan surau baru ini. Sumbangan pihak tuan bolehlah dibuat melalui :


BANK BIMB - 04-015-01-005287-8

BANK CIMB - 0410-0000087-10-3

( DI ATAS NAMA SURAU AL-MUNAWWARAH)


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

1. HJ ALI AHMAD BIN WARIS ALI - 012-3987001

2. EN. AZMAN BIN AHMAT - 019-6559745


Atau boleh emailkan kepada suraualmunawwarah@yahoo.com . Anda juga boleh terus berkunjung ke alamat seperti dibawah :


SURAU AL-MUNAWWARAH

Bt 8, (Depan MARDEC),

Kampung Gangsa,

76100 Durian Tunggal,

Melaka.

Untuk melihat Gambar Surau Al-Munawwarah, Sila ke : http://surau-al-munawwarah.blogspot.com/

Sumbangan anda amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,


HJ ALI AHMAD BIN WARIS ALI

Pengerusi

Surau Al- Munawwarah



Gambar 2 : Bahagian Sisi sebelah kanan Surau Al-Munawwarah


Gambar 3 : Bahagian sisi sebelah kiri.


Gambar 4 : bahagian belakang surau. Surau ini bercantum dengan bangunan PASTI (cat hijau tua) dibahagian bawah manakala dibahagian atasnya pula adalah kelas Al-Quran (cat hijau muda) untuk kanak-kanakt




No comments: