Wednesday, December 17, 2008

SURAU AL-MUNAWWARAH MASIH MEMERLUKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA. MENYUMBANGKANLAH UNTUK AKHIRAT.


Gambar 1. Wajah Terkini Surau Al Munawwarah.


PERKEMBANGAN TERKINI SURAU AL-MUNAWWARAH

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya Projek Pembangunan Surau Al-Munawwarah yang baru bagi menggantikan surau lama yang sudah uzur telah berjalan dengan lancar seperti mana yang dijadualkan. Hasil sumbangan yang telah diterima, sehingga kini pembangunan Surau Al-Munawwarah telah mencapai 80% siap.

Bagi menyiapkan baki 20% pembangunan yang masih belum disiapkan, Pihak Jawatankuasa Surau Al-Munawwarah masih memerlukan IHSAN daripada semua pihak agar dapat menghulurkan sumbangan tuan/puan kepada kami. Anggaran perbelanjaan yang masih diperlukan bagi menyiapkan Surau baru ini adalah berjumlah RM 10,000.00. ( Ini adalah termasuk kerja-kerja pendawaian elektrik, pelantaian, Awning dan perpaipan serta pembelian perabot dan kelengkapan surau.)

Justeru itu, pihak kami sedang berusaha mengumpul dana dan kami sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada pihak luar untuk memastikan surau ini dapat dibina dan akhirnya boleh memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah.

Untuk makluman semua, surau ini adalah merupakan surau PAS yang paling aktif di kawasan MTD Durian Tunggal dan kawasan Alor Gajah dari segi penganjuran aktiviti dan program. Surau ini juga bercantum dengan bagunan PASTI Al-Munawwarah dan Kelas Pengajian Al-Quran kanak-kanak. Selain itu, surau ini biasanya dijadikan tempat untuk ahli PAS kawasan, PAS cawangan dan PASTI mengadakan mesyuarat, usrah dan kuliah agama.

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Munawwarah juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada Tabung Pembangunan Surau Al-Munawwarah. Dan kepada yang telah menyumbang, kami doakan semoga kalian semua akan sentiasa mendapat keberkatan, kerahmatan dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Akhirnya, pihak Jawatankuasa Surau Al-Munawwarah dengan rasa rendah diri memohon jasa baik pihak tuan/puan bagi menghulurkan sumbangan kewangan kepada Tabung Pembangunan Surau Al-Munawwarah bagi menampung baki kos keseluruhan yang masih belum mencukupi. Pihak Jawatankuasa Surau juga sangat mengalu-alukan sumbangan berbentuk peralatan. Diharapkan dengan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan dapat membantu pihak kami dalam menyiapkan pembinaan surau baru ini.

SUMBANGAN PIHAK TUAN BOLEHLAH DIBUAT MELALUI :


BANK BIMB - 04-015-01-005287-8

BANK CIMB - 0410-0000087-10-3

( DI ATAS NAMA SURAU AL-MUNAWWARAH)


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

1. HJ ALI AHMAD BIN WARIS ALI - 012-3987001

2. EN. AZMAN BIN AHMAT - 019-6559745


Atau boleh emailkan kepada suraualmunawwarah@yahoo.com . Anda juga boleh terus berkunjung ke alamat seperti dibawah :


SURAU AL-MUNAWWARAH

Bt 8, (Depan MARDEC),

Kampung Gangsa,

76100 Durian Tunggal,

Melaka.

Untuk melihat Gambar Surau Al-Munawwarah, Sila ke : http://surau-al-munawwarah.blogspot.com/

Sumbangan anda amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,


HJ ALI AHMAD BIN WARIS ALI

Pengerusi


Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki diatas sumbangan ikhlas anda.


Gambar Terbaru Surau Al-Munawwarah...





















No comments: