Wednesday, December 31, 2008

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBELI PERABOT DAN KITAB....

salam

Alhamdulillah, bangunan Surau sudah dapat disiapkan... setinggi kesyukuran kami lafazkan..... terima kasih kepada semua yang telah terlibat baik secara langung mahupun tidak langsung, kepada semua yang menyumbang, semoga Allah memberkati hidup anda....amin

Untuk makluman semua, Ahli Jawatankuasa Surau Al Munawwarah sedang berusaha mengumpul sedikit dana bagi membeli perabot dan kitab-kitab. Justeru itu, kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Tuan/ Puan agar dapat memberikan sumbangan ikhlas anda.

Kami juga sedia menerima sumbangan dalam bentuk peralatan seperti kitab dan perabot...

Antara Kitab yang kami perlukan adalah :-

1. Tafsir Al Quran, Karangan Ibnu Kathir
2. Sahih Bukhori
3. Sahih Muslim
4. Fathul Bari, Karangan Imam Ibnu hajar Al Asqolani.
5. Riyadhus Solihin, Karangan Imam An Nawawi.
6. Kitab Al Umm, Karangan Imam As Syafie


Untuk memberikan sumbangan anda, sila hubungi:-

HJ ALI AHMAD BIN WARIS ALI
Pengerusi Surau Al Munawwarah
012-3987001

No comments: